JellyPages.com

Jan 3, 2014

Assalamualaikum, dimulakan dengan kalimah Basmalah, bismillahirrahmanirrahim, Adi nak share pasal usrah kitorang(AAJ ; junior) bersama dengan Kak Inda. Kak Inda mulakan dengan menyuruh kitorang baca surah At-Tin. Macam kebiasaannya, selepas baca kalimah suci tu, terjemahan pun akan dibaca dan dikupas bersama sama. So, biar Adi share kat korang At-Tin punya terjemahan

.بسم الله الرحمن الرحيم
1) Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
2) Demi Gunung Sinai
3) Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.
4) Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.
5) Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya
6) Kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus putusnya.
7) Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan keterangan itu)?
8) Bukankah Allah hakim yang paling adil?
.صدق الله العظيم

*yang dimaksudkan dengan "Tin" oleh sebahagian musafir ialah tempat tinggal Nabi Nuh a.s. iaitu Damaskus yang banyak ditumbuhi dengan pohon Tin; dan "Zaitun" ialah Baitulmaqdis yang banyak tumbuh zaitun.
*"Gunung Sinai" ialah tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu.
[sumber dipetik dari terjemahan Al Quran]

Jadi kat sini Adi nak share yang sebelum usrah semalam, even baca terjemahan pun Adi tak pernah faham kenapa Allah nak bersumpah dengan buah tin, buah zaitun dan Gunung Sinai tu macam dalam terjemahan ayat 1 dan 2. Semua tahukan bahawa Allah takkan buat sesuatu yang sia sia. Bahkan Allah pernah mencabar orang kafir untuk membuat satu surah yang setanding Al Quran. Jadi, apakah yang ada sebalik Tin, Zaitun dan Gunung Sinai?

Haa, tu diaa, macam bunyi penceramahkan, hehe. Jadi sebenarnya, Allah nak share dengan kita mengenai lima orang nabi yang diangkat darjatnya menjadi golongan nabi ulul azmi. Definisi ulul azmi tu tak berani nak tulis sebab takut salah, yang penting, nabi nabi ni menghadapi ujian yang besar dari Allah dalam menyampaikan wahyu kepada umatnya. Nabi nabi tersebut ialah Nabi Nuh(berkenaan dengan Tin), Nabi Musa(berkenaan dengan Gunung Sinai), Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad(berkenaan dengan Mekah) dan seorang lagi nabi ialah Nabi Isa. Nabi Isa ni, tak ingat pula perkaitan dalam surah ni. Sorry sangat.

Kenapa Allah bagi mereka sebagai muqaddimah surah ni? Sebabnya, mereka ni perlu menyebarkan dakwah kepada umat dan KELUARGA. Kenapa Adi nak boldkan KELUARGA tu ek? Sebabnya, keluarga mereka juga termasuk dalam golongan yang ingkar kepada Allah walhal mereka mempunyai pertalian yang dekat dengan nabi. Sepatutnya mereka menjadi golongan yang utama menjadi tulang belakang nabi nabi dalam berdakwah nikan? Setujukan? (yaaa :) ) 

Dalam ayat yang seterusnya Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Kenapa Allah menyatakan perkara ni? Allah nak tekankan bahawa, kejadian manusia yang sangat baik nilah sepatutnya membolehkan manusia berfikir dengan waras. Allah dah bagi wahyu melalui Nabi dengan kebesaran dan kekuasaannya yang dapat dilihat kat sekeliling kita, persekitaran kita sebagai bukti pun, manusia masih nak merendahkan martabat diri sendiri. Readers, Allah tu esa dan tak bergantung pada yang lain bukan? Jadi mengapa manusia masih tidak dapat berfikir dengan menyembah dan mengabdi pada benda benda yang dicipta sendiri menggunakan tangan mereka? Walhal secara logiknya, tangan yang dah mencipta benda sembahan mereka tu tadi pun mampu untuk menghancurkan benda sembahan mereka tu tadi. Jadi itukah yang kita nak jadikan Tuhan? Astaghfirullahalazim. Nabi telah menyampaikan wahyu yang diterima pun mereka masih mendustakan para nabi malah menentang nabi Allah. Oleh sebab kesilapan mereka tu, Allah pun mengembalikan mereka ke tempat yang serendah rendahnya seperti dalam terjemahan ayat kelima.Tapi Readers, tak semuanya begitu. Orang orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan merupakan golongan yang terkecuali. 

Jadi dalam ayat yang seterusnya Allah mempersoalkan kepada kita, apa yang menyebabkan kita berpaling daripada rasul? Padahal bukti bukti, ayat ayat Allah sudah jelas mengenai kebenarannya. Apabila di akhirat nanti, kita pasti menerima balasan setimpal dengan amalan di dunia ni, pada ketika tulah kita akan sedar kesilapan kita yang memandang sebelah mata je mengenai seruan Allah ke arah kesejahteraan (mengabdi kepada Allah). Adilkan? Subhanallah.

Sekian jelah perkongsian kita pada hari ni. Ada apa apa pertanyaan, sila tanya di ruangan komen. Ehh? Ada ke ruangan komen? Kejap lagi adalah tu kud. Haha.
   .والله علم
.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments:

Post a Comment