Feb 21, 2015
Pada aku, hak semua orang untuk bertanya dan hak mereka juga untuk mendapatkan jawappan pada soalan tu. Unless soalan regarding privasi orang lain tu logiklah. Tapi aku nak tekankan untuk soalan yang memang orang tanya untuk dapatkan jawapan, kenapa pun mengelak?
Aku ingat lagi masa sensei tak jawab soalan matematik yang aku bagi, secara teori memang sepatutnya aku mampu jawab, tapi in life kita takkan dapat selalu apa yang kita nak, so senang ceritanya aku tak dapat jawab, dia cuma kata samalah macam contoh soalan yang dia dah buat sebelumnya, then proceed to next example.. aku sangat tak boleh terima yang dia tak nak jawab soalan tu until aku pandang rendah kat dia, walhal aku sedar dia sensei aku, person incharge of my class of that year. Sampaikan aku fikir dia pun tak tahu nak jawab, sebab soalan tu tak ada dalam jadual dia, so dia tak pasti..
then bila fikir balik, salah aku juga, sebab aku yang tak usaha tanya kat sensei lain.. Most of the time, aku selalu nak emo dulu baru cari jawapan.. kenapa ady? kenapa? Tak boleh ke relax dulu? Positif? Ni tak suka buat orang terdiam. Skill tu useful but not all the time.. Kalau nak marah pak cik teksi sebab lambat ke apa ke tak apalah.. tu sensei, hormatlah..
Jan 5, 2014
ISK 050114
Assalamualaikum Readers. Straight to the point. Slot hari ni dimulakan dengan tazkirah selepas subuh. Hari ni merupakan ulang tahun kematian seorang syahid, Ikhwanul Muslimin yag bernama Yahya Ayash. Haa kisah dia panjang, pendek ceritanya, beliau menggunakan hobinya dalam berdakwah untuk Islam. Orang Yahudi mengambil masa 4 tahun untuk menumpaskannya. Apa hobi beliau? Hobinya belajar kimia. Beliau merupakan seorang jurutera elektronik dan digelar muhandis(perkataan bahasa Arab yang bermakna jurutera) oleh yahudi.
Macam mana kisah syahidnya? Kelicikan beliau dalam penyamaran membolehkannya bertahan selama 4 tahun. Namun, dah menjadi takdir Allah, pada satu hari tu, beliau berada di rumah kawannya yang mana kawannya sendiri tidak tahu bahawa pak ciknya merupakan antara orang yahudi. Beliau mahu menghubungi ibu bapanya untuk mengkhabarkan keberadaannya. Disebabkan pak cik kawannya telah mengecam bahawa tetamu itu merupakan Yahya, dia memasang bom pada telefon yang dihulurkan kepada Yahya(kononnya nak tolong Yahya Ayash nilah). Namun, telefon tersebut "boom" meletup ketika digunakan dan Yahya Ayash pun syahid dalam keadaan tubuhnya berkecai. Innalillahi wainna illaihi raaji'uun. Itulah peristiwa 5 Januari 1996. Googlelah sendiri untuk dapatkan info yang lebih tepat. Bimbang tersalah cerita..
Seterusnya, hari ni, kami disedarkan sekali lagi mengenai tugas utama kita sebagai manusia kat muka bumi ni. Berdasarkan ayat Allah dalam Al Quran (51;56), Allah dengan jelas menyatakan tujuan penciptaan manusia di muka bumi. Tidak lain hanyalah untuk mengabdi kepada Allah. Okay tu first, yang second pula, ayat Allah dalam Al Quran(2;30), Allah menyatakan Allah ingin menciptakan khalifah di muka bumi dan menegaskan kepada malaikat bahawa Dia lebih mengetahui.
Jadi Readers, tujuan kita sebagai hamba dan khalifah muka bumi ni macam mana nak laksanakan? Haa sebabkan sekarang ni dah nak balik, nanti Adi update bila sampai ryou nanti. Assalamualaikum.
Assalamualaikum Readers yang setia membaca. Sejak petang tadi Adi berada di Serdang, Selangor untuk program ISK. Apa punya program tu?? Haa tu program Ini Sejarah Kita. Seperti biasa, dihadiri oleh pelajar senior dan junior AAJ yang perempuan. Super senior pun ada datang.
Slot pertama dimulakan dengan Kak Raja yang dipanggil Along. Along mulakan dengan bertanya,
"Siapa kita?" Lepas tung tang tung tang bincang, jawapan yang pasti kitorang yang hadir ni merupakan muslim.
Point seterusnya, disambung dengan perkenalan tokoh tokoh Islam yang hebat. Hebat macam mana tu? Tokoh tokoh Islam, ada juga yang bukan muslim sejak kelahiran, ada juga yang kuat menentang Islam sebelumnya. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertukar menjadi tokoh Islam dengan sifat mereka yang sama.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda,
"Manusia ibarat logam, hebatnya ketika jahiliyah, (dia akan tetap) hebat ketika (menjadi) Islam, sekiranya dia faham (Islam)"
Berdasarkan hadith ni, meh Adi bagi contoh popular, Saidina Umar Al Khattab. Sebelum memeluk Islam beliau sangat garang, sampaikan beliau sanggup menampar adiknya sebab membaca Al Quran. Tetapi selepas memeluk Islam, beliau masih lagi seorang yang garang dan tegas dalam menyebarkan dan mempertahankan Islam. Jadi, nampak tak bahawa Islam tidak sedikit pun mengubah kamu melainkan melengkapkan kamu dengan memberimu harapan(kebergantungan kepada Allah).
Seterusnya, kami disedarkan mengenai golongan yang bukan Islam tetapi menjadi orang hebat setelah memeluk Islam(macam contoh kat perenggan atas ni) dan golongan yang telah memeluk Islam tapi masih merangkak untuk mengenal Islam even dah lama belajar agama. Kita mungkin berada dalam golongan ni, jadi haruslah kita mencari Islam itu.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda,
"Sesiapa yang mahukan Allah, maka Allah akan memahamkannya(memberinya kefahaman) yang baik mengenai agama".
Jadi, sekian jelah dari Adi hari ni. Program ISK ni sampai tengah hari esok, insyaAllah akan Adi pos input input seterusnya. Wallahu 'alam. Assalamualaikum w.b.t.
(∩_∩)






