JellyPages.com

Jan 5, 2014

ISK 050114

Assalamualaikum Readers. Straight to the point. Slot hari ni dimulakan dengan tazkirah selepas subuh. Hari ni merupakan ulang tahun kematian seorang syahid, Ikhwanul Muslimin yag bernama Yahya Ayash. Haa kisah dia panjang, pendek ceritanya, beliau menggunakan hobinya dalam berdakwah untuk Islam. Orang Yahudi mengambil masa 4 tahun untuk menumpaskannya. Apa hobi beliau? Hobinya belajar kimia. Beliau merupakan seorang jurutera elektronik dan digelar muhandis(perkataan bahasa Arab yang bermakna jurutera) oleh yahudi.

Macam mana kisah syahidnya? Kelicikan beliau dalam penyamaran membolehkannya bertahan selama 4 tahun. Namun, dah menjadi takdir Allah, pada satu hari tu, beliau berada di rumah kawannya yang mana kawannya sendiri tidak tahu bahawa pak ciknya merupakan antara orang yahudi. Beliau mahu menghubungi ibu bapanya untuk mengkhabarkan keberadaannya. Disebabkan pak cik kawannya telah mengecam bahawa tetamu itu merupakan Yahya, dia memasang bom pada telefon yang dihulurkan kepada Yahya(kononnya nak tolong Yahya Ayash nilah). Namun, telefon tersebut "boom" meletup ketika digunakan dan Yahya Ayash pun syahid dalam keadaan tubuhnya berkecai. Innalillahi wainna illaihi raaji'uun. Itulah peristiwa 5 Januari 1996. Googlelah sendiri untuk dapatkan info yang lebih tepat. Bimbang tersalah cerita..

Seterusnya, hari ni, kami disedarkan sekali lagi mengenai tugas utama kita sebagai manusia kat muka bumi ni. Berdasarkan ayat Allah dalam Al Quran (51;56), Allah dengan jelas menyatakan tujuan penciptaan manusia di muka bumi. Tidak lain hanyalah untuk mengabdi kepada Allah. Okay tu first, yang second pula, ayat Allah dalam Al Quran(2;30), Allah menyatakan Allah ingin menciptakan khalifah di muka bumi dan menegaskan kepada malaikat bahawa Dia lebih mengetahui.

Jadi Readers, tujuan kita sebagai hamba dan khalifah muka bumi ni macam mana nak laksanakan? Haa sebabkan sekarang ni dah nak balik, nanti Adi update bila sampai ryou nanti. Assalamualaikum.

Assalamualaikum Readers yang setia membaca. Sejak petang tadi Adi berada di Serdang, Selangor untuk program ISK. Apa punya program tu?? Haa tu program Ini Sejarah Kita. Seperti biasa, dihadiri oleh pelajar senior dan junior AAJ yang perempuan. Super senior pun ada datang.

Slot pertama dimulakan dengan Kak Raja yang dipanggil Along. Along mulakan dengan bertanya,
"Siapa kita?" Lepas tung tang tung tang bincang, jawapan yang pasti kitorang yang hadir ni merupakan muslim.

Point seterusnya, disambung dengan perkenalan tokoh tokoh Islam yang hebat. Hebat macam mana tu? Tokoh tokoh Islam, ada juga yang bukan muslim sejak kelahiran, ada juga yang kuat menentang Islam sebelumnya. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertukar menjadi tokoh Islam dengan sifat mereka yang sama.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda,
"Manusia ibarat logam, hebatnya ketika jahiliyah, (dia akan tetap) hebat ketika (menjadi) Islam, sekiranya dia faham (Islam)"

Berdasarkan hadith ni, meh Adi bagi contoh popular, Saidina Umar Al Khattab. Sebelum memeluk Islam beliau sangat garang, sampaikan beliau sanggup menampar adiknya sebab membaca Al Quran. Tetapi selepas memeluk Islam, beliau masih lagi seorang yang garang dan tegas dalam menyebarkan dan mempertahankan Islam. Jadi, nampak tak bahawa Islam tidak sedikit pun mengubah kamu melainkan melengkapkan kamu dengan memberimu harapan(kebergantungan kepada Allah).

Seterusnya, kami disedarkan mengenai golongan yang bukan Islam tetapi menjadi orang hebat setelah memeluk Islam(macam contoh kat perenggan atas ni) dan golongan yang telah memeluk Islam tapi masih merangkak untuk mengenal Islam even dah lama belajar agama. Kita mungkin berada dalam golongan ni, jadi haruslah kita mencari Islam itu.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda,
"Sesiapa yang mahukan Allah, maka Allah akan memahamkannya(memberinya kefahaman) yang baik mengenai agama".

Jadi, sekian jelah dari Adi hari ni. Program ISK ni sampai tengah hari esok, insyaAllah akan Adi pos input input seterusnya. Wallahu 'alam. Assalamualaikum w.b.t.
(∩_∩)

Jan 3, 2014

Assalamualaikum, dimulakan dengan kalimah Basmalah, bismillahirrahmanirrahim, Adi nak share pasal usrah kitorang(AAJ ; junior) bersama dengan Kak Inda. Kak Inda mulakan dengan menyuruh kitorang baca surah At-Tin. Macam kebiasaannya, selepas baca kalimah suci tu, terjemahan pun akan dibaca dan dikupas bersama sama. So, biar Adi share kat korang At-Tin punya terjemahan

.بسم الله الرحمن الرحيم
1) Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
2) Demi Gunung Sinai
3) Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.
4) Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.
5) Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah rendahnya
6) Kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus putusnya.
7) Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan keterangan itu)?
8) Bukankah Allah hakim yang paling adil?
.صدق الله العظيم

*yang dimaksudkan dengan "Tin" oleh sebahagian musafir ialah tempat tinggal Nabi Nuh a.s. iaitu Damaskus yang banyak ditumbuhi dengan pohon Tin; dan "Zaitun" ialah Baitulmaqdis yang banyak tumbuh zaitun.
*"Gunung Sinai" ialah tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu.
[sumber dipetik dari terjemahan Al Quran]

Jadi kat sini Adi nak share yang sebelum usrah semalam, even baca terjemahan pun Adi tak pernah faham kenapa Allah nak bersumpah dengan buah tin, buah zaitun dan Gunung Sinai tu macam dalam terjemahan ayat 1 dan 2. Semua tahukan bahawa Allah takkan buat sesuatu yang sia sia. Bahkan Allah pernah mencabar orang kafir untuk membuat satu surah yang setanding Al Quran. Jadi, apakah yang ada sebalik Tin, Zaitun dan Gunung Sinai?

Haa, tu diaa, macam bunyi penceramahkan, hehe. Jadi sebenarnya, Allah nak share dengan kita mengenai lima orang nabi yang diangkat darjatnya menjadi golongan nabi ulul azmi. Definisi ulul azmi tu tak berani nak tulis sebab takut salah, yang penting, nabi nabi ni menghadapi ujian yang besar dari Allah dalam menyampaikan wahyu kepada umatnya. Nabi nabi tersebut ialah Nabi Nuh(berkenaan dengan Tin), Nabi Musa(berkenaan dengan Gunung Sinai), Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad(berkenaan dengan Mekah) dan seorang lagi nabi ialah Nabi Isa. Nabi Isa ni, tak ingat pula perkaitan dalam surah ni. Sorry sangat.

Kenapa Allah bagi mereka sebagai muqaddimah surah ni? Sebabnya, mereka ni perlu menyebarkan dakwah kepada umat dan KELUARGA. Kenapa Adi nak boldkan KELUARGA tu ek? Sebabnya, keluarga mereka juga termasuk dalam golongan yang ingkar kepada Allah walhal mereka mempunyai pertalian yang dekat dengan nabi. Sepatutnya mereka menjadi golongan yang utama menjadi tulang belakang nabi nabi dalam berdakwah nikan? Setujukan? (yaaa :) ) 

Dalam ayat yang seterusnya Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Kenapa Allah menyatakan perkara ni? Allah nak tekankan bahawa, kejadian manusia yang sangat baik nilah sepatutnya membolehkan manusia berfikir dengan waras. Allah dah bagi wahyu melalui Nabi dengan kebesaran dan kekuasaannya yang dapat dilihat kat sekeliling kita, persekitaran kita sebagai bukti pun, manusia masih nak merendahkan martabat diri sendiri. Readers, Allah tu esa dan tak bergantung pada yang lain bukan? Jadi mengapa manusia masih tidak dapat berfikir dengan menyembah dan mengabdi pada benda benda yang dicipta sendiri menggunakan tangan mereka? Walhal secara logiknya, tangan yang dah mencipta benda sembahan mereka tu tadi pun mampu untuk menghancurkan benda sembahan mereka tu tadi. Jadi itukah yang kita nak jadikan Tuhan? Astaghfirullahalazim. Nabi telah menyampaikan wahyu yang diterima pun mereka masih mendustakan para nabi malah menentang nabi Allah. Oleh sebab kesilapan mereka tu, Allah pun mengembalikan mereka ke tempat yang serendah rendahnya seperti dalam terjemahan ayat kelima.Tapi Readers, tak semuanya begitu. Orang orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan merupakan golongan yang terkecuali. 

Jadi dalam ayat yang seterusnya Allah mempersoalkan kepada kita, apa yang menyebabkan kita berpaling daripada rasul? Padahal bukti bukti, ayat ayat Allah sudah jelas mengenai kebenarannya. Apabila di akhirat nanti, kita pasti menerima balasan setimpal dengan amalan di dunia ni, pada ketika tulah kita akan sedar kesilapan kita yang memandang sebelah mata je mengenai seruan Allah ke arah kesejahteraan (mengabdi kepada Allah). Adilkan? Subhanallah.

Sekian jelah perkongsian kita pada hari ni. Ada apa apa pertanyaan, sila tanya di ruangan komen. Ehh? Ada ke ruangan komen? Kejap lagi adalah tu kud. Haha.
   .والله علم
.والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته